Bulan lalu Xiaomi Mi 9 Lite dilancarkan sebagai variasi kepada Mi CC9 yang hanya dilancarkan di China. Bagi mereka yang menantikan kemunculan Mi 9 Lite, peranti ini akan mula dijual di Malaysia bermula 1 November ini.

Terdapat pengimbas cap jari dalam skrin dan sokongan pengecasan pantas 18W QuickCharge 4. Peranti ini turut hadir dengan pemancar infra merah serta NFC. Di Malaysia Mi 9 Lite dijual pada harga RM199 untuk versi 6/64GB dan RM1299 untuk versi 6/128GB. Terdapat tiga pilihan warna iaitu Pearl White, Aurora Blue dan Onyx Grey.
