Mingguan Amanz – Redmi Note 8 Malaysia, OnePlus 7T Pro, MacOS Catalina

TechnologyDigital
13 Oct 2019 • 8:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Minggu ini menyaksikan Xiaomi Malaysia melancarkan siri Redmi Note 8 untuk pasaran tempatan – dimana dua variasi ditawarkan, versi Pro dan biasa, pada harga bermula RM599.

Selain Xiaomi, pihak Samsung Malaysia pada minggu ini telah memulakan pra-tempahan untuk telefon dengan skrin boleh-lipat mereka, iaitu Galaxy Fold. Peranti ini ditawarkan pada harga RM8388. Samsung juga turut telah melancarkan Galaxy Tab S6 pada harga RM3099 – dimana ia menawarkan tablet berspesifikasi tinggi, dan hadir dengan fokus terhadap produktiviti.

OnePlus pada minggu ini telah melancarkan OnePlus 7T Pro yang hadir dengan skrin pada kadar segar semula 90Hz, dijana Snapdragon 855+, selain sokongan pengecasan pantas bersama-sama dengannya.

Dalam arena jam tangan pintar, Garmin pada minggu ini telah melancarkan Garmin Venu untuk pasaran tempatan, dan ditawarkan pada harga RM1799.

Apple pada minggu ini telah melancarkan sistem operasi MacOS Catalina untuk pengguna komputer Mac, sekaligus menawarkan sejumlah ciri-ciri menarik, termasuk Sidecar, dan juga sejumlah aplikasi baru bersama-sama dengannya.

Akhir sekali, Instagram kini telah melancarkan sebuah aplikasi baru memfokuskan permesejan, dinamakan sebagai Threads.