Samsung Galaxy Note 10 Tidak Akan Menggunakan Cip Snapdragon 855+

Digital
17 Jul 2019 • 12:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Cip Snapdragon 855+ baru sahaja diumumkan oleh pihak Qualcomm dan ia dihasilkan khusus untuk permua. Setakat ini hanya Asus ROG Phone 2 disahkan akan menggunakan cip baharu ini. Menurut Winfuture, sedikit mengecewakan Galaxy Note 10 tidak akan dilengkapi cip ini. Sebaliknya model untuk pasaran Amerika akan menggunakan cip Snapdragon 855 sahaja sama seperti Galaxy S10.

image is not available
Untuk model Eropah dan Malaysia, Galaxy Note 10 akan dilengkapi cip Exynos 9825 yang lebih berkuasa berbanding Exynos 9820 yang digunakan pada Galaxy S10. Dengan kata lain Galaxy Note 10 untuk pasaran Eropah adalah lebih kurang berkuasa jika dibandingkan dengan yang dipasarkan di Asia dan Eropah. Samsung Galaxy Note 10 akan dilancarkan secara rasmi pada 7 Ogos hadapan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved