Wakil NTT East Japan Badminton Club lawat Momota

14 Jan 2020 • 11:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SEORANG wakil daripada Nippon Telegraph and Telephone (NTT) East Japan Badminton Club melawat pemain badminton nombor satu dunia Kento Momota, di hospital Putrajaya di sini tadi.

Naoki Kawamae, seorang bekas pemain badminton dan bermain di Olimpik London 2012, tiba di hospital Putrajaya pada jam 7.10 malam, 10 minit selepas waktu melawat tamat.

Beliau datang terus ke hospital selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Tokyo.

Pada mulanya Kawamae ditahan anggota keselamatan yang menjelaskan mengenai waktu melawat sudah tamat, namun kemudiannya dibenarkan masuk.

Bagaimanapun, Kawamae tidak bercakap kepada wartawan.

Momota ialah salah seorang pemain daripada NTT East Japan Badminton Club.

Berita daripada Tokyo hari ini melaporkan, Momota akan pulang ke Jepun pada Rabu.- Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Kento Momota alami retak kecil di bahagian hidung

Momota dijangka keluar wad dalam masa terdekat: Menteri Kesihatan

Dr Wan Azizah hadiahkan madu kelulut buat Momota

Liputan meluas mengenai Momota tarik perhatian media Jepun


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved