Ramai mungkin tidak menyedari aktiviti media sosial mereka boleh dilihat oleh pengguna lain. Di Instagram misalnya pengguna yang mengikuti akaun anda boleh melihat gambar yang anda Like dan akaun yang baru diikuti menerusi tab Following. Menurut laporan Buzzfeed, tab Following akan dimatikan bermula minggu ini.

Kami masih menantikan tab khas untuk komen yang ditinggalkan pengguna diberikan. Pada waktu ini ia bercampur dengan tab Like yang ditinggalkan pengikut. Setakat ini hanya sokongan multi-akaun yang kami minta lima tahun yang lalu sudah menjadi realiti.

