Sebab utama mengapa masih terdapat kedai fizikal ialah kerana pengguna masih ingin mencuba sesuatu produk sebelum melakukan pembelian. Produk seperti alat solek, kaca mata dan baju misalnya perlu dipakai untuk melihat sama ada ia sesuai digunakan. Instagram hari ini memperkenalkan fungsi membeli belah menggunakan realiti terimbuh untuk beberapa produk.

Penggunaan realiti terimbuh untuk menguji produk secara maya telah dibangunkan sejak dua dekad yang lalu. Hanya kini dengan kuasa memproses telefon pintar yang meningkat, implementasi teknologi yang lancar dapat dinikmati. Selain Instagram, YouTube turut memberikan fungsi yang sama untuk produk MACpada Jun lalu.

