Huawei Bekerjasama Dengan Meitu Untuk Algoritma Kamera Yang Lebih Baik

TechnologyDigital
13 Aug 2019 • 6:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meitu adalah syarikat yang terkenal dengan teknologi pasca-proses kamera yang hebat. Antara kelebihan Meitu adalah mod kecantikan yang realistik, seperti kemampuan menambah alat solek, mewarna rambut dan sebagainya. Bahagian penjualan telefon pintar Meitu, kini dimiliki oleh Xiaomi. Walau bagaimanapun, Meitu berjanji untuk meneruskan pembangunan teknologi kamera mereka.

image is not available

Semasa acara Huawei Developer Conference 2019, Meitu mengumumkan yang mereka  akan bekerjasama dengan Huawei untuk hadir dengan aplikasi kamera yang lebih hebat. Oleh yang demikian, Meitu kini mempunyai akses terhadap sistem algoritma kamera milik Huawei. Kerjasama ini akan memanfaatkan kedua-dua Huawei dan juga Meitu dalam hal berkaitan dengan aplikasi kamera telefon pintar.

Menurut wakil Huawei, pengguna peranti Huawei turut kerap menggunakan aplikasi-aplikasi kamera daripada Meitu. Jadi oleh itu Huawei mengambil pasukan Meitu untuk bekerja dengannya bagi mengoptimasikan lagi kehebatan kamera Huawei.