Tahun ini melihat pengguna skrin 90Hz kian meningkat dengan OnePlus menjadi syarikat yang mempopularkannya. Dengan kadar segar semula 90Hz, animasi dan tatalan skrin terasa lebih lancar berbanding 60Hz yang digunakan sekarang. Tetapi mungkin selepas ini 90Hz juga dilihat sebagai tidak memadai dengan pengenalan skrin 240Hz pula.

Sebelum TCL, Kyocera memperlihatkan skrin Mikro LED dengan kadar segar semula 240Hz. Sharp juga telahpun melancarkan telefon pintar Aquos Zero2 yang dengan skrin 240Hz. Kadar segar semula yang tinggi memang memberikan pengalaman pengguna yang lancar tetapi memendekkan hayat penggunaan bateri. Selagi teknologi bateri tidak bergerak selari dengan teknologi lain, selagi itulah kami rasakan skrin 240Hz tidak akan digunakan secara meluas pada peranti mudah alih.
