Telekom Malaysia Hadir Dengan Aplikasi myUnifi – Satu Aplikasi Untuk Pengurusan Pelbagai Perkara Berkaitan Unifi

3 Jul 2019 • 8:22 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Telekom Malaysia kini telah hadir dengan sebuah aplikasi baru untuk pengguna peranti Android dan juga iPhone, dinamakan sebagai myunifi. Melaluinya, TM ingin memudahkan pengguna menguruskan pelbagai perkara berkaitan Unifi dengan hanya menggunakan satu aplikasi sahaja.

image is not available

Menggunakan aplikasi myUnifi baru ini, ia membolehkan anda melihat penggunaan anda, membuat pembayaran, selain menerima notifikasi berkaitan akaun anda. Disamping itu, pengguna turut boleh menggunakan aplikasi sama untuk mengikuti pelbagai promosi semasa.

Aplikasi MyUnifi ini juga turut boleh digunakan untuk mengakses khidmat pelanggan dan mendapatkan sokongan dengan pantas daripada pihak TM.

image is not available

Bagi anda yang menggunakan perkhidmatan TM Unifi, anda boleh memuat-turun aplikasi ini dan menggunakannya dalam pengurusan akaun Unifi anda hari ini.

Muat-Turun MyUnifi untuk Android

Muat-Turun MyUnifi untuk iPhone

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved