Penumpang kereta maut nahas libatkan treler

5 Jan 2020 • 11:40 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUANTAN - Seorang lelaki maut selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Kuantan-Kemaman berhampiran Kampung Cherating di sini, pagi tadi.

Dalam kemalangan itu, mangsa tersepit di tempat duduk penumpang hadapan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu kereta jenis Proton Persona yang mengalami kecederaan dikeluarkan dengan bantuan orang ramai.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 7.50 pagi sebelum enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng dikerah ke lokasi untuk bantuan menyelamat.

Menurutnya, operasi mengeluarkan mangsa tersepit mengambil masa kira-kira 10 minit.

"Mangsa berjaya dikeluarkan bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

image is not available
Seorang lelaki maut selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Kuantan-Kemaman berhampiran Kampung Cherating di sini, pagi tadi.