YouTube Kini Menawarkan Video Muzik Beresolusi Tinggi Untuk Artis Universal Music

20 Jun 2019 • 10:16 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

YouTube ialah mesin masa yang membolehkan anda kembali ke alam remaja dengan menonton video muzik Black Hole Sun oleh Soundgarden. Semasa masih muda beliau dahulu, muzik-muzik video ini sukar ditonton kerana dimainkan secara rawak di TV. Kini anda boleh menontonnya berkali-kali sehingga peranti kehabisan bateri. Tetapi pasti ramai mengeluh video muzik lama tidak boleh ditonton pada resolusi tinggi.

YouTube dan Universeal Music Group semalam telah menandatangani persetujuan menawarkan video muzik artis mereka pada resolusi tinggi. Versi remastered akan diberikan pada video artis seperti Billy Idol, Beastie Boys, Boyz II Men, Lady Gaga, Lionel Richie, Maroon 5, No Doubt, Tom Petty dan banyak lagi.

Pada waktu ini hanya sekitar 100 video telah diberikan sentuhan remastered dengan sasaran meningkatkan jumlah ke 1000 menjelang penghujung 2020. Video nampaknya hanya ditawarkan pada resolusi maksimum 1080P dan bukannya 4K buat masa ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved