Suspek samun, tikam ditahan tak sampai 3 jam selepas kejadian

15 May 2019 • 9:03 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Polis berjaya menahan lima suspek tidak sampai tiga jam selepas mereka disyaki menyerang dan menikam seorang lelaki dalam satu kes samun di sebuah rumah di Lebuhraya Pinggiran, Batu Caves, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 8.30 malam semasa lelaki yang keseorangan di rumahnya itu didatangi suspek.

Beliau berkata ketika bergelut dengan salah seorang suspek, lelaki itu ditikam di bahagian badan, manakala barangan peribadi miliknya seperti seutas rantai leher, sebuah telefon bimbit serta kunci kereta dilarikan.

“Lelaki itu kini dalam keadaan stabil di Hospital Selayang, kelima-lima suspek yang dalam lingkungan umur antara 16 dan 22 tahun itu berjaya ditahan di sekitar Raub, Pahang pada kira-kira jam 11 malam, dan akan direman di Mahkamah Majistret Selayang esok (hari ini),” katanya dan menambah barangan yang disamun juga berjaya ditemui semula.

Samsor berkata, polis percaya motif kejadian disebabkan masalah hutang antara lelaki itu dan salah seorang suspek, dan menurutnya kes sedang disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan ketika samun.- Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved