Enjin jet pertama dibangunkan oleh Frank Whittle pada tahun 1937. Pada waktu tersebut enjin jet hanya digunakan untuk menghasilkan tujuhan. Selepas lebih lapan dekad, keperluan elektronik pesawat pejuang sekarang adalah lebih tinggi berbanding pesawat pejuang generasi terdahulu. Bagi memenuhi keperluan pesawat pejuang Tempest yang sedang dibangunkan oleh BAE, Rolls Royce telah mengumumkan enjin jet pertama yang direka untuk menjana keperluan elektrik pesawat tempur moden.

Kemampuan menjana kuasa elektrik yang lebih besar adalah perlu kerana Tempest mungkin akan dilengkapi senjata laser dan kokpit
boleh pakai. Sistem elektronik yang digunakan pula akan turut mengawal dron yang berfungsi sebagai wingman kepada Tempest apabila ia beroperasi seawal 2025 kelak.
Tempest akan mengambil alih tempat Eurofighter Typhoon yang sudah beroperasi sejak 1994. Britain. Itali dan Sweden bertindak membangunkan pesawat tempur generasi ke-enam kerana merasakan Lockheed Martin F-35 yang ditawarkan Amerika Syarikat tidak memenuhi keperluan mereka.
