Samsung Memfailkan Tanda Dagang ‘DeX Live’ Untuk Sistem Desktop Nirwayar

30 May 2019 • 9:51 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung DeX diperkenalkan pada Samsung Galaxy S8 dan S8+. Ia adalah dermaga yang membolehkan telefon pintar mereka berubah menjadi sebuah komputer desktop apabila disambung pada sebuah monitor atau TV. Mereka kemudian mengaktifkan DeX menerusi sambungan berwayar pada Note 9 dan Tab S4. Kelak ia boleh dilakukan secara nirwayar.

image is not available
Samsung telah memfailkan tanda dagang untuk Dex Live di Eropah. Menerusi sistem ini sistem desktop boleh dilemparkan terus pada skrin TV misalnya tanpa sambungan fizikal. Ini mengesahkan fungsi ini akan akhirnya disokong selepas pertama kali didengari Oktober tahun lalu. Ia telahpun disokong pada Huawei Mate 20 menerusi fungsi Easy Projection.