Realme X Edisi Spider Man Bakal Dilancarkan

28 Jun 2019 • 9:20 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Filem yang dijangka meletup di pawagam minggu hadapan ialah Spider Man Far From Home. Filem ini akan menunjukkan kehidupan Peter Parker selepas insiden End Game. Seperti biasa apabila filem blokbuster Marvel ke pawagam, pengeluar peranti akan menghasilkan telefon pintar edisi khas.

image is not available
Terkini Realme X disahkan akan hadir dengan edisi Spider Man. Buat masa ini ia hanya akan dilancarkan untuk pasaran India. Dari imej yang dikongsi ke laman media sosial, peranti akan hadir dengan kotak berlambangkan Spider Man dan latar belakang khas dengan corak baju adiwira tersebut. Tiada maklumat mengenai harga atau spesifikasi diumumkan.

Ketika dilancarkan di China bulan lalu, Realme X hadir dengan skrin 6.53-inci menggunakan panel OLED, dan tidak menyertakan sebarang takuk. Untuk tujuan kamera swafoto, Realme X menggunakan mekanisme pop-naik seperti beberapa telefon pintar lain di pasaran. Realme X turut menyertakan pengimbas cap jari pada skrin, selain bicu audio 3.5mm.

 

Melengkapkannya juga adalah cip Snapdragon 710, memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Ia turut dilengkapi bateri 3765mAh dengan pengecasan pantas VOOC 3.0.

Untuk rakaman gambar, ia menyertakan kamera belakang 48-megapixel berasaskan sensor Sony IMX586, selain kamera swafoto 16-megapixel.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved