Gaduh sampai mati: 5 lelaki ditahan bantu siasatan

20 May 2019 • 12:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

IPOH - Lima lelaki direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh seorang pemandu di hadapan sebuah pub di Bandar Baru Medan Ipoh, semalam.

Perintah reman sehingga 26 Mei itu dikeluarkan Majistret Umzarul An-Nur Umar di Mahkamah Majistret Ipoh di sini hari ini terhadap kelima-lima lelaki berkenaan selepas ditahan di hadapan sebuah pub di Jalan Medan Ipoh 3.

Kelima-lima mereka berusia antara 20 ke 30 tahun tiba di pekarangan mahkamah pada jam 9.30 pagi sambil dikawal anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Kematian mangsa, S Kanakaran, 35, dimaklumkan kepada polis kira-kira jam 8 pagi semalam selepas dimasukkan ke Zon Merah Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Mangsa sebelum itu cedera parah dengan kesan tetakan dipercayai diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang.

Media sebelum ini melaporkan, kejadian berlaku semasa mereka berhibur dan mengambil minuman mabuk dan pergaduhan yang berlarutan hingga ke kawasan luar pub turut melibatkan penggunaan senjata parang.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki maut ditetak depan pub


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved