Pada 23 Januari lalu, pembinaan Hospital Huoshenshan dimulakan bagi merawat pesakit koronavirus baharu 2019-nCoV di Wuhan. Hari ini Hospital Huoshenshan mula beroperasi selepas mengambil masa hanya 10 hari untuk disiapkan. Hospital dengan 1000 katil ini terpaksa dibina dengan pantas kerana jumlah pesakit yang kini hampir mencecah 3000 orang.

Pada waktu yang sama Hospital Leishenshan juga dibina bersebelahan Huoshensan dengan kapasiti 1600 katil. Sejak mendapat perhatian media minggu lalu 2019-nCoV telah merebak ke seluruh dunia dengan 361 kematian setakat ini. Di Malaysia sahaja terdapat lapan kes positif telah dilaporkan dengan sifar kes kematian.
