Sistem operasi Android digunakan lebih 75% peranti pintar di pasaran. Dominasi ini dicapai kerana Google membenarkan pengeluar menggunakan pelancar pihak ketiga mereka bagi memberikan “perisa” yang berbeza. Hasilnya ialah implementasi dan penggunaan Android yang berbeza sehingga membuatkan ekosistem sedikit berkecamuk. Tetapi dengan Android 10, Google kini muka mengetatkan syarat kepada pengeluar yang ingin menggunakan Google Mobile Services (GMS).

Pengeluar juga perlu menggunakan sistem Digital Wellbeing secara terbina bersama dengan kawalan penggunaan peranti kanak-kanak oleh ibu bapa. Untuk syarat sekunder ini, pengeluar dibenarkan menggunakan perkhidmatan pihak ketiga jika tidak mahu menggunakan sistem yang dibangunkan Google.
Google semakin mengetatkan syarat kepada pengeluar yang ingin menggunakan ekosistem mereka yang lengkap sejak akhir-akhir ini. Dari segi positif ia memastikan pengalaman yang sekata pada kesemua peranti Android tanpa mengira peranti pengeluar mana yang dipilih.
Tetapi pada waktu yang sama ia boleh dilihat sebagai sekatan pilihan kepada pengguna yang mungkin tidak mahu menggunakan sistem Android Asli. Pengeluar tidak mempunyai banyak pilihan kerana Android tanpa GMS adalah seperti kereta tanpa roda seperti yang telah berlaku kepada Huawei,
