Koronavirus: Umat Islam disaran lakukan solat hajat

25 Jan 2020 • 3:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Umat Islam di negara ini disarankan agar melakukan solat hajat bagi menyelamatkan Malaysia daripada dilanda sebarang wabak penyakit khususnya koronavirus yang sedang menular ketika ini.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pejabatnya akan mengeluarkan Bayan Linnas khusus berkenaan doa dan fiqh berhubung pengurusan jenazah terhadap mangsa koronavirus dalam masa terdekat.

“Saya berdoa kepada ALLAH SWT semoga wabak koronavirus dapat disisihkan dari Malaysia.

“Tindakan pantas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diterajui oleh Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad wajar menerima pujian," katanya dalam ciapan Twitter @drzul_albakri hari ini.

Dalam pada itu, Dr Zulkifli berkata, kerajaan perlu memberikan pemahaman yang jelas kepada rakyat berhubung wabak itu yang tersebar melalui pelbagai medium.

ARTIKEL BERKAITAN Tiga warga China dirawat di Sungai Buloh positif koronavirus


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved