Apple Mac Pro Kini Menawarkan Pilihan Storan Sehingga 8TB – Membawa Harga Maksimum Menghampiri RM239K

TechnologyDigital
22 Dec 2019 • 11:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple sebelum ini telah sedia menawarkan Mac Pro untuk pasaran tempatan dengan sejumlah penambahan spesifikasi, menjadikan ia ditawarkan pada harga bermula RM25,999.

Sebelum ini, Apple sekadar menawarkan pilihan storan sehingga 4TB sahaja, yang menjadikan harga penawaran maksimum dengan penambahan pelbagai perkara mencapai harga RM233,707.80. Terbaru, Apple turut hadir dengan penawaran tambahan untuk storan berasaskan SSD sehingga 8TB.

image is not available

Penambahan storan ini membawa kepada penambahan harga sebanyak RM11,400 berbanding harga storan asas 256GB SSD. Ini sekaligus menjadikan harga jualan maksima untuk Mac Pro mencapai RM 238,987.80.

Selain daripada penawaran kemaskini storan ini, Apple turut dijangka akan hadir dengan pilihan beberapa kad grafik baru tidak lama lagi untuk Mac Pro ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved