Apple Mac Pro Kini Boleh Dibeli Di Malaysia – Harga Hampir Mencecah RM233,000

TechnologyDigital
13 Dec 2019 • 12:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selain Apple MacBook Pro 16, Apple Mac Pro juga sudah boleh dibeli oleh pengguna di Malaysia pagi ini. Seperti yang kami laporkan dua hari yang lalu, harga jualan Mac Pro bermula dari RM25,999 untuk konfigurasi paling asas. Tetapi jika anda mahukan konfigurasi paling tinggi, bersedia untuk membelanjakan RM 233,707.80.

image is not available
Ini ialah konfigurasi dengan pemproses 2.5GHz Intel Xeon W 28 teras, memori 1.5TB DDR4 ECC RAM, storan 4TB SSD, dua GPU Radeon Pro Vega II Duo 32GB HDM2, kad Apple Afterburner, roda untuk kerangka aluminium, Magic Mouse 2, Magic TrackPad 2, perisian Final Cut Pro X dan Logic Pro X.

Walaupun membayar nilai yang sama seperti sebuah rumah teres, skrin Pro Display XDR tidak disertakan. Ia dijual berasingan pada harga bermula RM19,999. Sekiranya pesanan dilakukan hari ini, Mac Pro akan dihantar ke rumah dalam masa 6-7 minggu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved