Anggota MALBATT 850-7 bebas Covid-19

5 May 2020 • 6:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Tiada anggota pasukan pengaman Batalion Malaysia 850-7 (MALBATT 850-7) yang menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNIFIL) di Lubnan dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19), kata Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Beliau berkata, pihak UNIFIL dan MALBATT telah mengeluarkan garis panduan dan langkah-langkah pencegahan bagi Covid-19.

"MALBATT juga telah melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) dan tatacara semasa melaksanakan tugas serta mengamalkan kebersihan diri.

"Penugasan misi MALBATT 850-7 di negara itu (Lubnan) masih diteruskan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Berdasarkan rekod, penugasan di Lubnan kini dilaksanakan pasukan pengaman MALBATT 850-7 yang menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNIFIL) selama setahun sejak 1 Oktober tahun lepas.

Kumpulan 216 anggota ATM yang diketuai Komander Malbatt 850-7 Kolonel Khairul Anwar Soib itu berlepas menerusi Pangkalan Udara Subang, Selangor.

Menurut laporan berita memetik Kementerian Kesihatan Lubnan, 737 kes Covid-19 dengan 25 kematian dilaporkan di negara itu sehingga Ahad lepas (3 Mei). - Bernama




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved