Jam tangan pintar Garmin mensasarkan individu yang mempunyai gaya hidup aktif dan lasak. Bagi peminat jenama ini di Malaysia, Garmin Vivoactive 4 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM1750 seutas. Kelebihan jam tangan pintar ini ialah ia boleh beroperasi sehingga lima hari dengan sekali caj.

Ia turut dilengkapi sistem GPS, altimeter, giroskop, kompas, termometer, pengimbas tahap kepekatan oksigen dalam darah dan pengimbas nadi. Seperti jam tangan Garmin yang lain, terdapat kemampuan mengesan aktiviti sukan yang dilakukan secara automatik, animasi yang mengajar rutin senaman, kitaran haid untuk wanita dan menjejak pola tidur pemakai.
Menerusi tambatan bluetooth pelbagai notifikasi dari telefon pintar boleh dipaparkan pada skrin jam. Bagi mereka yang gemar mendengar muzik ketika bersenam pula, storan Spotify sehingga 500 lagu boleh dilakukan.
