Mac lalu lima model Garmin MARQ dilancarkan bagi mereka yang memerlukan jam tangan pintar mewah dengan rekaan yang kelihatan profesional. Minggu ini tiba giliran Garmin MARQ Commander pula dilancarkan dengan rekaan tahan lasak yang memenuhi keperluan ketenteraan.

Seperti jam tangan pintar Garmin yang lain, MARQ Commander hadir dengan peta topografi secara terbina untuk navigasi, altimeter, barometer. kompas, NFC dan sokongan GPS. Terdapat juga fungsi Jumpmaster yang digunakan untuk aktiviti payung terjun,
Bateri yang disertakan boleh membekalkan kuasa sehingga 12 hari pada mod biasa atau 28 jam jika mod penjejakan GPS diaktifkan setiap masa. Sebuah suis khas pada tubuh membolehkan kesemua data GPS dipadan bagi mengaktifkan mod stealth. Garmin MARQ Commander dijual pada harga $1,950 (~RM 8175) seutas.
