Facebook Menguji Paparan “Likes” Dan Angka Tontonan Video Yang Disembunyikan

TechnologyDigital
27 Sep 2019 • 11:27 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Facebook sebelum ini telah pun menguji bentuk paparan baru yang menyembunyikan paparan angka “Like” pada Instagram. Kini, mereka turut mengesahkan yang mana sedang melakukan ujian kecil pada laman sosial terkemuka, Facebook.

Melalui ujian yang dilakukan, Facebook menyembunyikan paparan awam untuk angka “Like”, reaksi, dan juga angka tontonan video.

Angka ini disembunyikan daripada paparan awam, dan hanya dipaparkan kepada pemilik perkongsian berkenaan sahaja.

Dengan kaedah ini, ia dilihat akan mengalakkan lebih ramai berkongsi perkara yang berlaku disekitar mereka, dan yang melibatkan mereka – berbanding berkongsi untuk mendapatkan angka “Like” semata-mata. Facebook sendiri sebelum ini telah mengatakan akan lebih mengutamakan perkongsian berbentuk peribadi di NewsFeed berbanding daripada Pages dan sebagainya.

Perubahan ini juga mungkin salah satu perkara yang akan menjadi fokus utama penyedia laman sosial berkenaan dalam bulan-bulan akan datang – apatah lagi dengan Facebook yang merancang memperkenalkan antaramuka baru laman mereka tidak lama lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved