Samsung Galaxy Fold 2 Mungkin Menyokong Stylus Dan Skrin Lebih Besar

26 Jun 2019 • 6:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy Fold masih belum dijual semula selepas ditangguhkan kerana masalah melibatkan skrin. Tarikh pelancaran baharu mungkin berlaku sekitar Ogos serentak dengan pelancaran Galaxy Note 10. Satu kekurangan Galaxy Fold berbanding Galaxy Note ialah tiada sokongan stylus S-Pen. Tetapi ini mungkin akan diselesaikan dengan pelancaran Galaxy Fold 2 kelak.

image is not available
Laporan media Korea The Elec hari ini mengatakan Galaxy Fold 2 akan dilengkapi stylus S-Pen yang memberikannya kemampuan setanding Note. Skrin peranti dalam mod tablet pula meningkat ke 8″ berbanding 7.3″. Ini juga memberikan saiz skrin yang setanding dengan Huawei Mate X. Galaxy Fold 2 juga dipercayai akan mengekalkan rekaan terbuka seperti buka seperti model pertama.

Pada waktu yang sama Samsung turut dilaporkan akan melancarkan peranti skrin lipat dengan rekaan clamshell klasik. Dengan rekaan ini peranti berskrin 5.8″ boleh dilipat bagi memudahkan ia disimpan ke dalam kocek. Samsung adalah sebahagian pengeluar yang masih mengeluarkan peranti dengan rekaan clamshell seperti W2019 yang dilancarkan tahun lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved