Samsung Korea Menawarkan Perkhidmatan Mencuba Galaxy S20 Di Rumah Kepada Pelanggan Akibat Koronavirus

TechnologyDigital
18 Feb 2020 • 1:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Wabak Covid-19 telah menyebabkan pameran telefon pintar terbesar dunia MWC Barcelona dibatalkan tahun ini. Impak wabak ini bukan sahaja akan menyebabkan pengeluaran peranti terjejas malahan jualan juga dijangka meleset kerana pengguna risau untuk keluar dari rumah. Di Korea Selatan, Samsung akan menawarkan perkhidmatan mencuba Galaxy S20 di rumah kepada pelanggan yang berminat menurut laporan Reuters.

Peranti akan dihantar ke rumah untuk dicuba pelanggan yang berminat selama 24 jam. Dengan ini pengguna tidak perlu pergi ke kedai untuk mencubanya sendiri dan mungkin mendedahkan diri kepada jangkitan kerana peranti dipegang oleh ribuan pengguna. Akibat wabak koronavirus, Samsung akan hanya membuka sembilan reruai khas untuk pelanggan di Korea berbanding lebih 120 reruai ketika mempromosikan Note 10.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved