DXOMark memperkenalkan segmen khusus untuk kemampuan kamera swafoto peranti sejak Januari tahun ini. Takhta peranti dengan kamera hadapan terbaik kini telah berpindah ke Asus Zenfone 6 yang menerima 98 markah. Ini adalah satu markah lebih tinggi berbanding yang dicatatkan oleh Samsung Galaxy S10 5G sebelum ini.

Asus Zenfone 6 ialah peranti dengan sistem kamera belakang yang berputar ke hadapan untuk mod swafoto. Peranti lain yang menggunakan sistem ini ialah Samsung Galaxy A80 yang masih belum diuji oleh DXOMark.
