Minggu ini menyaksikan OnePlus melancarkan telefon pintar dibawah siri OnePlus 7, iaitu OnePlus 7 dan juga OnePlus 7 Pro. Ia hadir dengan pelbagai spesifikasi terkini, dan bakal dilancarkan di Malaysia secara rasminya pada minggu akan datang.
Selain OnePlus, pihak Asus pada minggu ini telah melancarkan Asus Zenfone 6 secara rasminya – membawakan sokongan spesifikasi tinggi, bateri berkapasiti besar, dan dilengkapi kamera boleh-flip.
Selain itu, sub-jenama dibawah Oppo, iaitu Realme telah memperkenalkan Realme X secara rasminya – menjadikan ia telefon pintar Realme pertama dengan sokongan kamera pop-naik. Di Malaysia pula, Realme 3 Pro telah dilancarkan secara rasminya pada harga bermula RM899.
Oppo sendiri turut tidak ketinggalan dan telah melancarkan Oppo Reno untuk pasaran tempatan, dimana ia ditawarkan pada harga RM1999. Model dengan sokongan zum 10x akan dilancarkan pada penghujung Mei 2019 ini.
Selain arena telefon pintar, minggu ini pihak Lenovo turut membuat kejutan dengan memperlihatkan komputer riba pertama Windows dengan skrin boleh-lipat dibawah keluarga Thinkpad.
HP turut tidak ketinggalan dan telah memperkenalkan HP Omen X2S yang hadir dengan rekaan dwi-skrin padanya – menjadikan ia agak unik berbanding pelbagai komputer riba memfokuskan permainan dipasaran.
Dan akhir sekali, Spotify kini turut hadir dengan penawaran Spotify Premium pada harga promosi RM2 selama 3 bulan untuk pengguna baru.

