Apple Menawarkan Kemaskini iOS 9.3.6 & 10.3.4 – Menambah Baik Prestasi GPS Pada iPhone 4S, iPhone 5, iPad 2

TechnologyDigital
23 Jul 2019 • 10:19 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Walaupun Apple tidak lagi menyokong iPhone 5 dan iPhone 4S, mereka masih lagi menawarkan kemaskini secara khas untuk membaiki beberapa isu utama. Pada hari ini, mereka telah hadir dengan kemaskini iOS 9.3.6 dan iOS 10.3.4 untuk sejumlah peranti usang daripada mereka.

Kedua-dua kemaskini ini dilihat ingin membaiki isu prestasi GPS yang mana dapat memberi impak kepada sistem penjejakan lokasi. Kemaskini ini juga dapat membaiki pepijat yang menyebabkan bacaan jam pada peranti kelihatan kurang tepat.

image is not available

Apple pada sebelum ini pernah melakukan perkara yang serupa pada iPhone 3GS sewaktu 2014 – dengan memberikan kemaskini iOS 6.1.6 walaupun peranti ini telah lama ditamatkan. Kemaskini ini membaiki pepijat ketika mengesahkan sambungan SSL, yang mana terdedah dengan isu sekuriti sekiranya ia tidak dibaik pulih oleh Apple.

Kemaskini iOS 9.3.6 telah ditawarkan secara khas bagi peranti iPhone 4S, iPad 2, dan iPad (Gen-3), sementara iOS 10.3.4 boleh dimuat-turun oleh pengguna iPhone 5 dan iPad (Gen-4). Anda boleh memuat-turunnya menerusi iTunes atau pada peranti anda melalui halaman Settings > General > System Updates.