Mangsa banjir di Johor meningkat

27 Oct 2019 • 10:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa terjejas akibat banjir di negeri ini meningkat kepada 160 orang daripada 40 keluarga di tiga daerah setakat 9 malam ini berbanding 105 orang daripada 24 keluarga petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri Tan Chen Choon berkata, daerah Johor Bahru merupakan daerah terbaru terjejas banjir melibatkan pembukaan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) pada 8.10 malam ini.

“Seramai 55 mangsa daripada 16 keluarga ditempatkan di Balai Raya Kangkar Tebrau di sini, ekoran hujan lebat yang tidak berhenti sejak 4 petang tadi,” kata beliau dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sementara itu, di daerah Batu Pahat dan Pontian, masing-masing kekal satu PPS masih dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kajang dan SK Melayu Raya.

“Di SK Sungai Kajang, masih ada seramai 16 mangsa daripada tiga keluarga sementara seramai 89 mangsa daripada 21 keluarga ditempatkan di SK Melayu Raya, Pontian,” kata Tan. -Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved