“A Group Of People Bullied Me” – Terima Luahan Hati Pelajar Sekolah, Anwar Ibrahim Akan Segera Siasat Kes Buli

11 Dec 2022 • 11:12 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuat naik satu gambar surat yang diterimanya menerusi laman Twitter.

Difahamkan, surat tersebut merupakan luahan hati seorang pelajar sekolah bernama Tejessh Kanakaraju yang memaklumkan bahawa dirinya dibuli beberapa orang pelajar lain di sekolah.

Menerusi ciapannya itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu memaklumkan bahawa beliau akan cuba sedaya upaya untuk menyiasat perkara yang berkaitan dengan buli ini secepat yang mungkin melalui Kementerian Pendidikan.

Terima kasih anakanda. Saya akan mohon Kementerian Pendidikan yang kini dikepalai YB Menteri Pendidikan, Fadhlina Siddiq untuk siasat dalam kadar segera.

Di ruangan komen, rata-rata netizen begitu kesal kerana budaya membuli ini masih ada lagi dalam kalangan murid di sekolah.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Kredit: Twitter Anwar Ibrahim

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media