
Meskipun jadual padat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat bertemu dengan penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman di Bangunan Parlimen, semalam.
Anwar berkata, pelbagai isu dibincangkan oleh mereka dengan penyanyi terkenal itu yang bakal mengadakan konsertnya di Malaysia pada 27 Julai ini.
"Perbincangan kami seputar industri seni dan muzik tempatan dan antarabangsa. Saudara AR Rahman turut berkongsi beliau kini sedang meneroka muzik ala sufi, selain kami bersama menekuni isu-isu lain membabitkan aspek digital dan Kecerdasan Buatan (AI)," katanya dalam perkongsian di aplikasi X.



