Data Pelanggan Sephora Tertiris – Pengguna Digalakkan Mengubah Kata Laluan

TechnologyDigital
31 Jul 2019 • 9:27 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sephora merupakan salah satu laman edagang yang memfokuskan kepada penawaran bahan solekan dan jagaan diri. Ia beroperasi di seluruh dunia, termasuk di Malaysia — bukan sahaja secara atas-talian, tetapi juga melalui kedai fizikal.

Terkini, melalui laman rasmi Sephora, mereka memaklumkan yang mana mereka telah mengenal-pasti kebocoran data yang melibatkan pelanggan di beberapa negara, termasuk Malaysia.

Antara data yang tertiris adalah termasuk nama pengguna, tarikh lahir, alamat emel, jantina, kata laluan yang disulitkan, serta data berkaitan dengan minat seseorang pelanggan. Walaubagaimanapun, data kewangan seperti kad kredit dan sebagainya tidak diakses.

Sebagai langkah mengatasinya, pihak Sephora telah memaklumkan para pengguna, selain turut membatalkan kata laluan pengguna. Pengguna laman Sephora diminta mengubah kata laluan baru.

Pada masa yang sama, Sephora turut menekankan yang mana ketirisan ini tidak melibatkan pelanggan yang membuat pembelian di kedai fizikal mereka, dan terhad kepada pangkalan data pelanggan di Asia Tenggara, Hong Kong, Australia dan New Zealang yang membuat pembelian atas-talian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved