Perkongsian Lokasi Berasaskan Latitud & Longitud Semasa Pengguna Akan Dibuang Pada Tweet

19 Jun 2019 • 2:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Twitter pada hari ini telah mengumumkan fungsi ‘share precise location‘ akan dibuang pada tweet. Fungsi perletakkan lokasi ini adalah berdasarkan kedudukan semasa pengguna, yang diambil melalui angka latitud dan longitud.

Perkara ini dilakukan kerana pengguna jarang meletakkan lokasi yang tepat pada tweet. Sebaliknya, mereka lebih gemar meletakkan tag lokasi berdasarkan nama tempat dan bandar yang terdekat dengan mereka.

Namun begitu, fungsi perkongsian lokasi yang tepat ini masih dapat dibuat apabila pengguna mengemaskini status tweet melalui fungsi Twitter Camera. Apabila pengguna mengambil gambar atau video melalui fungsi ini, Twitter masih membenarkan lokasi semasa pengguna dikongsi melalui tweet.

image is not available

Fungsi ini dijangka akan dibuang pada secara berperingkat kepada pengguna melalui Twitter versi web dan mudah-alih. Setakat ini, fungsi ini perkongsian lokasi tepat ini masih dapat diakses pada aplikasi mudah-alih, namun telah dibuang pada versi web baru.