Kenderaan elektrik mempunyai tumit Achilles di mana ia mempunyai jarak perjalanan yang pendek berbanding kenderaan dengan enjin bahan api fosil. Masalah ini semakin ketara di Malaysia kerana jumlah stesen pengecas yang amat terhad. Lightyear ialah pengeluar kenderaan yang cuba menyelesaikan masalah ini dengan meletakkan panel solar pada bahagian bumbung.
Lightyear One ialah prototaip yang mempunyai panel solar seluas 5 meter persegi yang mampu memberikan jarak perjalanan 12 kilometer dengan setiap pengecasan selama satu jam di bawah cahaya matahari. Pengecasan menggunakan palam rumah pula adalah pada kadar 35 km setiap jam.


Tetapi Lightyear One EV ialah kenderaan yang direka untuk mereka yang mementingkan jarak operasi dan bukannya mereka yang mencari kenderaan yang pantas. Ia turut boleh membawa lima orang penumpang pada satu-satu masa dengan ruang simpanan sebesar 720L. Lightyear melihat kenderaan mereka digunakan secara meluas kerana memberikan jarak operasi paling jauh berbanding kereta elektrik lain di pasaran.
Model awal akan dijual pada harga of €149,000 (~RM702,000) sebuah. Ini adalah jauh lebih mahal berbanding Tesla Model 3 dengan harga jualan bermula $35,000 (~RM 144,000).
