Kenderaan Elektrik Di Eropah Perlu Dilengkapi Sistem Bunyi Amaran Untuk Pejalan Kaki

7 Jun 2019 • 8:05 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kelebihan kenderaan elektrik berbanding enjin konvensional ialah ia tidak mencemarkan udara. Dengan dunia yang kini sedang menghadapi krisis pemanasan global. Tetapi penggunaan kenderaan elektrik mewujudkan satu masalah baru terutamanya kepada golongan pejalan kaki. Ia bergerak dengan senyap keutamaannya pada kelajuan rendah.

image is not available
Di Eropah, mulai 1 Julai kenderaan elektrik dengan empat tayar dan ke atas perlu dilengkapi sistem Acoustic Vehicle Alert System (AVAS) yang menghasilkan amaran bunyi 56 decibel apabila ia bergerak pada kelajuan di bawah 20 km/j. Ini adalah tahap kelantangan yang sama seperti sebuah mesin pendingin hawa. Dengan bunyi yang dihasilkan, pejalan kaki terutamanya OKU penglihatan boleh mendengar apabila kenderaan elektrik menghampiri mereka. Ini dapat membantu ketika ingin melintas jalan.

Terdapat banyak sistem keselamatan untuk pejalan kaki telah dibangunkan oleh pengeluar. Nissan menghasilkan sistem lampu pada bahagian luar kenderaan yang memberikan amaran kenderaan akan mula bergerak. Jaguar pula membangunkan kenderaan ‘bermata’ yang melihat penjalan kaki.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved