Aaliyah Raih Gangsa Di Kejohanan Dunia Birmingham

16 Jul 2022 • 2:30 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Aaliyah Yoong - Gambar dari Facebook Hanifah Yoong Yin Fah

KUALA LUMPUR - Ratu ski air negara Aaliyah Yoong Hanifah sekali lagi mengharumkan nama negara apabila berjaya merangkul pingat gangsa acara tricks wanita di Kejohanan Dunia Birmingham 2022 di Alabama, Amerika Syarikat (AS) semalam.

Menurut laman web kejohanan https://twg2022.com/results/, atlet berusia 18 itu mengutip 7,960 mata keseluruhan untuk menduduki tempat ketiga daripada keseluruhan lima peserta dalam final yang berlangsung di Oak Mountain State Park. 

Pingat emas dimenangi atlet Kanada Neilly Ross yang mengumpul 9,690 mata manakala pingat perak menjadi milik juara dunia dari AS, Anna Gay selepas meraih 9,190 mata.

Aaliyah akan meneruskan cabaran di Alabama dalam acara jump wanita final di venue sama awal pagi esok waktu Malaysia.

Sebagai rekod, Aaliyah Yoong mencipta dua rekod baharu Asia serta mencatat tiga rekod peribadi terbaik di Fluid Summer Showdown di Polk City, Florida bulan lepas.

Sementara itu dalam kategori lelaki di Alabama, atlet tuan rumah Adam Pickos meraih pingat emas sementara Danylo Filchenko dari Ukraine dan peserta Perancis Pierre Ballon masing-masing memenangi perak dan gangsa. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved