Aaron Aziz pesan jangan rakam bila sedekah – “Orang miskin pun ada maruah”

22 Sep 2025 • 3:27 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz memberi sedikit teguran kepada individu yang cuba merakam video semasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Jangan rakam bila sedekah

image is not available

Menerusi perkongsian di TikTok, Aaron atau nama lengkanya Aaron Mustapha Aziz, 49, menegaskan tindakan sebegitu tidak seharusnya dilakukan kerana ia menimbulkan rasa kurang senang dan perlu menghormati air muka penerima sedekah

“Kalau nak tolong orang, tak payah nak rekod. Orang miskin, orang susah pun ada maruah,” kata Aaron, baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan budaya ini dilihat semakin menular setelah menyaksikannya sendiri ketika mengerjakan umrah di Mekah.

image is not available

“Masa umrah, ramai yang buat sabeel (memberi sedekah) tapi tunjuk muka orang-orang yang ambil makanan.

“Kalau nak sabeel biar Allah sahaja yang tahu,” jelasnya.

Perkongsian itu telah menerima pelbagai reaksi daripada wargamaya menyebabkan ada segelintir yang bersetuju dengan pendapat aktor itu dan ada juga yang kurang senang dengan penjelasan tersebut.

Hormat lah orang

image is not available

Setuju sangat

image is not available

Ingatkan untuk tolong orang lain

image is not available

Namun begitu, pelakon filem Sheriff: Narko Integriti itu tidak menafikan manfaat dan impak positif daripada konten-konten sedekah namun tetap menekankan agar wajah penerima perlu dirahsiakan demi menjaga maruah mereka.

Sumber: TikTok therealaaronaziz