Aaron-Roy King mara ke final Jepun Masters

14 Nov 2026 • 3:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Aaron-Roy King mara ke final Jepun Masters
Aaron-Roy King berjaya menundukkan Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard pada separuh akhir Jepun Masters.

GANDINGAN beregu lelaki negara, Aaron Tai-Yap Roy King menempah tiket ke final kejohanan badminton Jepun Masters 2026 selepas menewaskan pasangan Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard pada aksi separuh akhir di Gimnasium Wilayah Kumamoto pada Sabtu.

Aaron-Roy King mempamerkan aksi cemerlang apabila menundukkan beregu ranking 14 dunia itu secara straight set 21-18, 21-18 dalam tempoh 38 minit.

Kejayaan itu menyaksikan pasangan negara berkenaan melangkah ke pentas final buat kali kedua sejak digandingkan bulan lalu, selepas muncul juara Terbuka Artik 2026 di Vantaa, Finland.

Menanti mereka di final ialah bekas juara dunia dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.

Kejohanan berstatus Super 500 itu menawarkan keseluruhan hadiah wang tunai berjumlah AS$500,000 (RM2.04 juta).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved