Aaron-Wooi Yik kalahkan Peng Soon-Kian Meng untuk gangsa

8 Aug 2022 • 9:37 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BIRMINGHAM: Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mengubat luka kekalahan kepada beregu tuan rumah Ben Lane-Sean Vendy dalam pusingan akhir sebelum ini dengan merangkul pingat gangsa di Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Bagaimanapun, lawan mereka iaitu satu lagi beregu negara Chan Peng Soon-Tan Kian Meng memberi tentangan sengit sebelum akhirnya Aaron-Wooi Yik muncul pemenang di National Exhibition Centre di sini.

Aaron-Wooi Yik menundukkan Peng Soon-Kian Meng 21-19 pada set pertama sebelum tewas pada set kedua 11-21.

Beregu nombor enam dunia itu kembali menyerlah pada set seterusnya dengan kemenangan 21-11, sekali gus meraih pingat dalam acara individu, selepas membantu Malaysia mendapatkan emas acara berpasukan campuran mengatasi India 3-1 Khamis lepas.

Terdahulu Kian Meng membawa pulang gangsa dalam acara beregu campuran bergandingan dengan Lai Pei Jing, selepas menewaskan beregu Scotland Adam Hall-Julie Macpherson, 21-15, 21-17.

Kem badminton negara berpeluang untuk memenangi emas selepas perseorangan lelaki Ng Tze Yong dan beregu wanita Pearly Tan-M.Thinaah mara ke final yang berlangsung esok.

Tze Yong bakal bertemu perseorangan utama India Lakshya Sen, manakala Pearly-Thinaah akan menentang wakil tuan rumah Chloe Birch-Lauren Smith. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved