Aaron-Wooi Yik naib juara Kejohanan Dunia

23 Aug 2026 • 10:17 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Aaron-Wooi Yik naib juara Kejohanan Dunia

PETALING JAYA: Beregu lelaki No. 1 negara, Aaron Chia-Sooh Wooi Yik membawa pulang pingat perak, selepas tewas kepada pasangan handalan China, Liang Wei Keng-Wang Chang pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia di New Delhi, India, hari ini.

Aaron-Wooi Yik yang merupakan gandingan No. 4 dunia terpaksa akur kepada beregu No. 3 dunia itu menerusi kekalahan straight set 17-21, 16-21 dalam masa 35 minit di Stadium Tertutup Indira Gandhi.

Kegagalan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik meneruskan rekod buruk berdepan Wei Keng-Wang Chang dengan kekalahan kali ke-13 berbanding hanya tiga kemenangan pernah mereka catat ke atas wakil China tersebut.

Wei Keng-Wang Chang mempamerkan persembahan dominan sepanjang aksi final itu dan sekali gus, memusnah impian Aaron-Wooi Yik merangkul gelaran dunia buat kali kedua yang juga julung kali dilakukan oleh beregu Malaysia jika mereka berjaya berbuat demikian.

Bagaimanapun, kejayaan Aaron-Wooi Yik melangkah sehingga ke perlawanan akhir wajar diberi pujian selepas mengambil kira beregu itu telah dipecah ganding selama lebih kurang dua bulan.

Juara dunia edisi 2022 itu hanya diberi masa selama dua minggu untuk membuat persiapan sebelum terbang ke India dan mereka masih mampu muncul sebagai naib juara pada Kejohanan Dunia.

Aaron-Wooi Yik juga pernah memenangi pingat gangsa pada Kejohanan Dunia 2023 di Conpahagen, Denmark. – UTUSAN

The post Aaron-Wooi Yik naib juara Kejohanan Dunia appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved