Aaron-Wooi Yik Semakin Serasi, Akui Komunikasi Penting Bagi Kekal Persefahaman

13 Aug 2024 • 5:56 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pemenang pingat gangsa Olimpik Paris, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mendedahkan banyak salah faham yang berlaku dalam permainan antara mereka berdua sejak dua tahun lalu.

Menurut laporan Buletin TV3, Aaron yang berusia 27 tahun memaklumkan faktor komunikasi sangat penting dalam mengekalkan keserasian mereka.

image is not available

Foto: Buletin TV3

“Apa yang penting adalah komunikasi bagi mengelak salah faham. Dua tahun lalu, kami berdepan banyak salah faham tetapi sekarang, ia semakin baik,” katanya hari ini.

Beliau juga berkata, mahu mengekalkan gandingannya dengan Wooi Yik untuk tempoh yang lama sekali gus mengikuti jejak langkah wakil dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan.

image is not available

Foto: Bernama Radio

Sementara itu, Wooi Yik pula berkata, bukan mudah untuk memastikan mereka berdua sentiasa berada dalam kondisi terbaik disebabkan faktor usia yang juga semakin meningkat.

“Sudah tentu saya dan Aaron sudah membincangkan perkara ini dan mahu gandingan kami kekal selama mungkin kerana kami tahu yang kami mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh dan kami belum berada di puncak (prestasi).

image is not available

Foto: Facebook Majlis Sukan Negara

“Kami mahu memenangi kejohanan utama seperti Ahsan-Hendra dan nak jadi macam mereka. Kami sudah meraih pingat di kejohanan utama tetapi tidak kesemuanya emas dan itu yang kami mahu capai,” ujarnya.

Pasangan beregu nombor tiga dunia itu meraih gangsa buat kali kedua pada Sukan Olimpik Paris selepas menewaskan gandingan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, yang sebelum ini meraihnya di Tokyo 2020.

Sumber: Buletin TV3