Aaron-Wooi Yik tewas di final Terbuka Artik, Pearly-Thinaah juara

FootballSports
13 Oct 2025 • 8:36 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Harapan Malaysia untuk meraih gelaran berganda di Terbuka Artik tidak kesampaian apabila beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, tewas kepada pasangan England, Ben Lane-Sean Vendy, dalam perlawanan akhir di Vantaa, Finland.

Aaron-Wooi Yik memulakan permainan dengan agak sukar dan melakukan beberapa kesilapan dalam set pertama yang menyebabkan mereka tewas 18-21.

Pasangan ranking kedua dunia itu mendahului 15-11 dalam set kedua namun hampir membiarkan peluang terlepas apabila pasangan England mengejar hingga 21-21.

Pasangan negara tetap tenang di bawah tekanan untuk memenangi set kedua 27-25 dan memaksa perlawanan ke set penentuan.

Pada saat mendahului 11-10 dalam set penentuan, dua kali pemenang pingat gangsa Olimpik ini tergelincir pada detik penting.

Pasangan England berjaya memintas keadaan kepada 16-15 sebelum menamatkan perlawanan dengan kemenangan 21-17 selepas 76 minit.

Kemenangan tersebut merupakan kejayaan keempat Lane-Vendy daripada 10 pertemuan menentang bekas juara dunia 2022 itu.

Sebagai juara, Lane-Vendy membawa pulang USD37,525 bersamaan kira-kira 159,000 ringgit.

Aaron-Wooi Yik menerima USD18,050 bersamaan sekitar 76,000 ringgit sebagai naib juara.

Beregu wanita negara Pearly Tan-M.Thinaah berjaya muncul juara selepas mengatasi gandingan Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakashini.

Mereka menewaskan pasangan Jepun dengan kemenangan mudah 21-7, 21-9 dalam aksi final. – Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved