Aaron-Wooi Yik wakil tunggal ke suku akhir terbuka Perancis

8 Mar 2024 • 11:51 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi wakil tunggal Malaysia yang mara ke suku akhir Terbuka Perancis 2024 awal pagi tadi.

Perlawanan di Arena Porte de la Chapelle itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik, yang tampil sebagai pilihan kelima kejohanan, berada di kelas tersendiri selepas menewaskan cabaran beregu Taiwan, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen, 21-16, 21-18, pada pusingan kedua.

Pasangan di kedudukan kelima terbaik dunia itu dijangka berdepan laluan sukar untuk ke separuh akhir apabila dijadual bertemu juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae, petang ini.

Sementara itu, menerima nasib berbeza ialah satu lagi beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang terkandas di pusingan kedua ketika menentang pasangan nombor satu dunia dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, 13-21, 12-21.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved