Ab Ghani serah ‘kuasa’ kepada Lembaga Pengarah pilih Presiden MFL

LocalFootball
23 Sep 2026 • 12:02 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ab Ghani serah ‘kuasa’ kepada Lembaga Pengarah pilih Presiden MFL

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Ab Ghani Hassan enggan ‘campur tangan’ urusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk memilih calon terbaik bagi mengisi jawatan Presiden MFL.

Ab Ghani menjelaskan, hanya Ahli Lembaga Pengarah MFL berhak untuk mencadangkan individu paling layak untuk dilantik bagi menggantikannya sebagai presiden badan pengelola Liga Malaysia (Liga M) itu.

“Presiden MFL ini akan ditentukan oleh Ahli Lembaga Pengarah, tidak dipilih melalui kongres. Ahli Lembaga Pengarah MFL akan menentukan atau pun menamakan siapakah yang akan menjadi Presiden MFL.

“Saya tidak tahu (senarai calon), mengenai perkara itu biarlah Ahli Lembaga Pengarah MFL menentukan,” katanya pada Majlis Sambutan 100 Tahun FAM di Arena Futsal FAM, semalam.

Dalam masa sama, Ab Ghani menjelaskan beliau akan melepaskan jawatan Presiden MFL dalam masa terdekat, berkemungkinan sebelum mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM, 30 September ini.

Ketika ini, beberapa nama dicanang sebagai calon hangat untuk menggalas jawatan Presiden MFL, antaranya Presiden Melaka FC, Datuk Nur Azmi Ahmad dan terbaharu, mantan Ketua Pegawai Eksekutif MFL dan Setiausaha Agung FAM, Datuk Stuart Ramalingam turut disebut sebagai individu paling tepat mengisi kerusi berkenaan. – KOSMO! ONLINE

The post Ab Ghani serah ‘kuasa’ kepada Lembaga Pengarah pilih Presiden MFL appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved