Ab Rauf beri bayangan PRN Melaka dalam tempoh tiga bulan lagi

LocalPolitics
22 Jun 2026 • 6:00 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memberi kenyataan mengenai kemungkinan pembubaran DUN Melaka dan PRN akan datang.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memberi bayangan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka boleh dibubarkan dalam tempoh tiga bulan akan datang, sekali gus membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini.

Menurut beliau, berdasarkan perkembangan politik semasa, Melaka tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan PRN lebih awal, berkemungkinan selepas pelaksanaan pilihan raya di beberapa negeri lain seperti Johor dan Negeri Sembilan.

Memetik laporan Harian Metro, beliau berkata, tempoh penggal DUN Melaka hanya akan berakhir pada penghujung tahun ini, namun pembubaran boleh dibuat pada bila-bila masa sebelum tarikh tersebut.

“Justeru, sebelum sampai waktu pembubaran DUN, kerajaan negeri akan terus menjalankan tanggungjawab pentadbiran serta menyantuni rakyat sehingga tarikh rasmi diumumkan,” katanya.

Ab Rauf turut menegaskan bahawa PRN Melaka perlu dilaksanakan dalam tahun ini kerana ia merupakan sebahagian daripada proses demokrasi mengikut tempoh penggal pentadbiran semasa.

Sehubungan itu, kerajaan negeri kini memberi fokus kepada urusan pentadbiran serta pembangunan negeri sebelum memasuki fasa pilihan raya menjelang penghujung tahun.

Baca juga:

Sementara itu, Speaker DUN Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum memaklumkan bahawa penggal DUN Melaka dijadualkan tamat pada 27 Disember ini, dan pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran.

Beliau berkata, keputusan sama ada untuk membubarkan DUN lebih awal atau menunggu sehingga tamat penggal adalah tertakluk sepenuhnya kepada keputusan Ketua Menteri, dengan pelbagai faktor akan dipertimbangkan.

The post Ab Rauf beri bayangan PRN Melaka dalam tempoh tiga bulan lagi appeared first on The Reporter.