Ab. Rauf dijangka umum pembubaran DUN Melaka pukul 2 petang

LocalPolitics
22 Sep 2026 • 12:43 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ab. Rauf dijangka umum pembubaran DUN Melaka pukul 2 petang

MELAKA: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dijangka mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam satu sidang akhbar khas di Auditorium Seri Negeri, Blok Laksamana di sini, pukul 2 petang ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi notis yang dikeluarkan Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri yang mengundang para pengamal media.

Dalam jemputan itu, tiada butiran mengenai agenda atau perkara yang akan diumumkan Ab. Rauf.

Perkembangan itu mencetuskan spekulasi bahawa Ab. Rauf akan mengumumkan pembubaran DUN Melaka bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Sekiranya pembubaran diumumkan, langkah seterusnya adalah proses penetapan tarikh pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengikut undang-undang berkaitan. – UTUSAN

The post Ab. Rauf dijangka umum pembubaran DUN Melaka pukul 2 petang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved