
ALOR GAJAH: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh selesai menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram di sini, sebentar tadi.
Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara itu selesai mengundi pada pukul 8.38 pagi.
Ab. Rauf berdepan calon Pakatan Harapan (PH), Mohd. Yunazri Mustamiri dalam saingan mempertahankan Tanjung Bidara.
DUN Tanjung Bidara mempunyai seramai 15,003 pengundi yang layak mengundi kali ini. – UTUSAN
The post Ab. Rauf selesai mengundi di SK Jeram appeared first on Utusan Malaysia.


![[TIDAK RASMI] BN-PN umum ‘menang’ 20 kerusi DUN](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/11/PRN-BN-PRN-MELAKA-1024x682.jpeg?v=1794662966)


![[KIRAAN SEMASA] PRN Melaka: Ab Rauf raih majoriti 7,780 undi di Tanjung Bidara](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2026/11/14/3710321.webp)
