Abah nak ikut setiap kali keluar rumah, ramai sebak lihat perkongsian anak

LocalFamily & Parenting
20 Aug 2024 • 10:02 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang pengguna media sosial telah berkongsi momen abah nak ikut setiap kali keluar rumah telah mengundang sebak ramai.

Menerusi muat naik yang dibuat oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Sir Zahir, dia telah memuat naik momen-momen sewaktu bapanya meminta untuk mengikuti kemana dia pergi setiap kali keluar dari rumah.

image is not available

Abah nak ikut setiap kali keluar rumah, kadang2 dah siap2 tunggu

Momen tersebut pastinya membuatkan ramai sebak kerana bapanya yang sudah berusia dan duduk di kerusi roda bersungguh mengikut anaknya walaupun hanya berada di dalam kereta sahaja.

image is not available

Abah nak ikut setiap kali keluar rumah, walaupun duduk dalam kereta sahaja

Ujarnya menerusi kapsyen, dulu sewaktu kita masih kecil, kitalah yang selalu ingin mengikuti ayah ke mana sahaja.

Namun, apabila kita sudah dewasa dan mereka sudah berusia, giliran mereka pula yang tidak mahu ditinggalkan sewaktu kita keluar dari rumah.

“Kita dulu waktu kecil-kecil macam ni lah. Nak ikut je. Ok bah ikutlan jom. Sementara student cuti sem ni, luangkan masa sikit jaga abah dan siapkan penulisan yang lama tertangguh,” tulisnya.

image is not available

Berjurai air mata tengok

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata menzahirkan sara sayu dan sedih apabila mengenangkan keadaan orang tua masing-masing yang sudah dimamah usia.

Ada juga diantara mereka yang terkenangkan kisah hampir sama dengan pengguna TikTok berkenaan dan mendoakan supaya bapa kepada Sir Zahir terus diberi kesihatan dunia serta akhirat.

image is not available

Semoga pakcik terus sihat

image is not available

Dulu kecil2 kita macam tu, sekarang mereka pula

image is not available

Ramai yang lalui perkara sama

image is not available

 

Perkongsian tersebut sudah tentu menyentuh hati ramai lebih-lebih lagi berkaitan orang tua kita yang sudah mulai menua.

Semoga pengguna TikTok berkenaan terus dipermudahkan urusan dalam segala hal terutamanya ketika menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak kepada ibu bapa yang semakin uzur.

Sumber: TikTok zahiralauddinhamid